NADI Gunung Semanggol
11 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2026, Forum Mahir telah diadakan bagi pengambilan peserti sesi 3. Forum ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan program Mahir yang diadakan melalui Perkhidmatan Pintar NADI di bawah NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Di antara program Mahir yang disediakan adalah seperti Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Baiki Gajet, Mahir Foto dan Mahir Pertanian Pintar.
Forum ini memberi sedikit gambaran berkenaan program Mahir yang akan berlangsung pada minggu hadapan bermula dengan sesi pengenalan bersama tenaga pengajar dan modul yang akan dipelajari.
Semoga program NADI Mahir ini akan memberi peluang kepada komuniti untuk mempelajari perkara baru disamping menjadikan salah satu peluang untuk menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: